Tuesday 11 December 2012



Video ini mengisahkan tentang beberapa penerapan nilai-nilai murni kepada penonton. Di dalam babak pertama, kami menekankan tentang nilai hormat-menghormati sesama manusia. Jika seseorang berada di dalam kesusahan, perlulah kita untuk saling bantu-membantu. Janganlah kita mengelakkan mereka. Kemudian,, kami juga menekankan unsur dilarang meludah di tempat awam di dalam babak yang kedua. Manakala babak ketiga kami mengetengahkan tentang sikap pemandu yang mengambil lewa tentang parking yang tidak dibenarkan. Kita sebagai pemandu yang berhemah haruslah menggunakan parkir yang disediakan. Babak yang keempat pula tentang kes buli membuli antara pelajar. Seharusnya ,tidak ada kes sebegini di dalam mana-mana institusi pengajian kerana setiap pelajar sepatutnya mempunyai nilai berkasih sayang antara rakan.